Lilypie Kids Birthday tickers

September 28, 2011

Terdesak

Dalam era pascamodenisasi ini, kita sering dibelenggu dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Pada saat-saat ini, dugaan yang amat besar sedang menimpa pelajar-pelajar yang berumur lima belas tahun kerana mereka bakal menduduki peperiksaan yang mungkin akan menentukan kejayaan mereka dalam medan perjuangan. Diri saya sendiri tidak terlepas daripada ujian kurniaan Allah ini.

Oleh sebab keputusan Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah saya tidak memberangsangkan, saya bertekad untuk insaf. Saya ingin memperbaik kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu dan memperluas kosa kata saya. Hal ini demikian kerana saya telah ditimpa dengan 'B' yang amat mengecewakan. 78 peratus itu bukanlah senang untuk dilupakan dalam peperiksaan yang begitu penting. Amatlah mengejutkan kerana saya, seorang insan bergelar Melayu, mendapat "Kepujian" sahaja dalam mata pelajaran yang berkisar dengan bahasa sendiri tetapi mendapat "Cemerlang" dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. 

Mesej ini ditujukan khas kepada insan-insan yang sudi membaca penulisan saya ini 

"Saya akan menduduki peperiksaan yang penting. Tolong doakan kejayaan saya. Apabila saya mula menulis dalam bahasa asli saya, maknanya saya benar-benar terdesak. Harap maklum."

"Pastikan 8A dalam genggaman" -Ustazah Anidah 

Ameen.

6 comments:

Aiman Azfar :D said...

perhh intro tu gempak sangat.. hahahaha

Anonymous said...

amiin...aku sntiasa doakn kte sume dpat 8a..hahaha

Anonymous said...

confirm A nye lah.. haha inshaAllah

Rhea said...

anons : thank you so much :') ameen2

Athirah | Coral Tulip said...

me too. when im deseparated, i write in malay !! lol. thought im the only one. xD but ur not anymore. me, like around 2 weeks from now. *sigh*

5689 said...

zzzzz2018.8.28
saics running shoes
canada goose outlet
snapbacks wholesale
nike outlet
louboutin shoes
air jordan 8
coach outlet
nike presto
coach outlet
christian louboutin shoes